suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Makan sekali sehari rahsia Hun Haqeem turunkan berat badan, sebulan kurang 12 kilogram

PELAKON Hun Haqeem memberitahu dia mengamalkan ‘one meal a day’ atau makan sekali sehari dalam usaha menurunkan berat badannya.

Menurut Hun atau Haqeem Hermy, 25, dia terpaksa melakukan rutin berkenaan kerana kekangan masa untuk bersenam di gimnasium.

“Saya memang suka makan jadi saya cuba mudahkan perkara, saya cuba amalkan makan sekali sehari sahaja.

“Ini sebenarnya cara yang tidak sihat tapi disebabkan masa tak menyebelahi saya. Kalau saya ada banyak masa mungkin saya akan guna cara lain.

“Tapi saya akan pastikan juadah yang saya makan itu cukup untuk menampung kalori saya seharian,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Hun bergandingan bersama pelakon Daiyan Trisha, Faizal Hussein, Mierul Aiman, Elizabeth Tan dan Tony Eusoff dalam drama adaptasi dari Korea Selatan iaitu W: Two Worlds yang ditayangkan di Viu.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi