suria

Linda Onn pertahan pelawak jadi deejay, bukan kesalahan sebab trend

PENYAMPAI radio Linda Onn tidak melihat trend sesebuah stesen radio mengambil pelawak sebagai deejay sebagai satu kesalahan.

Bagaimanapun kata Linda atau Rozlindah Onn, 45, trend itu membuatkan karier berkenaan semakin hilang keaslian terutamanya pada mereka yang benar-benar mahu bergelar penyampai radio.

“Penyampai radio sekarang makin hari makin pupus, sebab nak kira penyampai radio yang original, orang sudah tidak kisah deejay itu asli atau tidak.

“Siapa pun boleh jadi penyampai radio, tetapi tidak salah sebab trend, kehendak pendengar, kehendak stesen radio, memang trend pelawak yang menceriakan keadaan.

“Kalau ikut trend perkara tu tidak salah, tapi macam saya penyampai radio sebenar, ia dah makin berkurangan orang yang serius nak jadi penyampai radio,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Linda kini banyak memberi fokus terhadap tiga cawangan restoran nasi ayam miliknya buat masa ini.

“Banyak uruskan hal restoran, tiada radio, TV, tiada berlakon... jadi saya fokus restoran sahaja.

“Raya haji tidak ada apa-apa sebab bila ibu dan ayah dah tiada abang pula bulan Ogos lalu dah tiada, nak cakap tiada makna tak boleh sebab ada suami dan anak jadi saya beraya besederhana sahaja,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi