suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Semakin tua lebih pentingkan diri sendiri…” - Zizan tiada rancangan ‘comeback’ Jozan, fokus haluan masing-masing

PELAWAK dan Pelakon Zizan Razak memberitahu dia dan rakannya Johan masih belum ada sebarang perancangan terbaharu melibatkan kumpulan Jozan.

Kata Zizan atau Mohd Razizan Abdul Razak, 39, buat masa ini masing-masing fokus dengan kerja masing-masing dan tidak menolak kemungkinan jika tepat pada masa mungkin mereka akan kembali menghiburkan peminat.

“Bergantung kepada masa dan ruang, kita tengok mana yang terbaik sebab Johan pun dengan radio.

“Sekarang ini yang terbaik untuk saya adalah filem... dan karier lakonan ini adalah impian saya.

“Jadi mungkin satu hari nanti kalau kami betul-betul rindu, barulah kami akan kembali bergabung untuk peminat,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, buat pertama kalinya Zizan berlakon sebagai watak antagonis dalam filem Merewang Keluarga Pak Awang yang bakal ditayangkan di Astro First bermula 15 Julai 2023.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi