suria

‘Makcik baju merah’ menyelit dalam foto dan video nikah… Pengantin menangis rasa nak marah tengok album kahwin rosak

PENGANTIN bernama Zarah Yusoff mengakui kurang senang dan berasa marah apabila melihat hampir setiap gambar dan video majlis pernikahannya terganggu dengan kelibat seorang wanita digelar ‘Makcik Baju Merah’.

Kecewa dengan apa yang berlaku, Zarah, 27, berkata dia dan suami sudah berbincang untuk membuat majlis yang sama 10 tahun akan datang tanpa kelibat makcik tesebut.

“Selepas dua bulan, saya hubungi suami saya menangis cakap kat dia saya tak okay.

“Itu pun kami dah rancang nak tukar gambar tak kisah kalau kena caj tambahan dan tak terfikir nak minta makcik tu bayar.

“Saya dah bincang dengan suami, selepas 10 tahun kami nak buat balik majlis tanpa kelibat makcik tu,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod Zarah dan suaminya iaitu Nazrin Ramli, 28, telah selamat bernikah pada 22 Julai 2022.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi