suria

Setahun kahwin suami berwajah feminin, isteri naik rimas kerap diganggu lelaki depan mata disangka kawan sejenis

SELEPAS tular mengenai perkongsian kisah Izza mengenai suaminya berwajah feminin, kali ini tampil seorang lagi wanita bernama Nurul Farisya Irdayu Mohd Fauzi berkongsi mengenai suaminya yang mempunyai masalah yang hampir serupa.

Kata Farisya, 23, suaminya Mohamad Rushdi Md Yusof, 32, sering disapa kakak apabila hendak keluar makan gara-gara memiliki raut wajah seperti wanita.

“Dah kerap sangat, kami kalau pergi makan pun orang panggil suami saya kakak.

“Perkara itu ganggu mental suami saya sampaikan dia tak mahu pesan makanan sebab risau orang panggil dia kakak.

“Saya faham perasaan dia dan saya perlu buat sesuatu,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod Farisya dan Rushdi telah mendirikan rumah tangga pada 2 April 2021.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi