suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Macam pro! Budak 11 tahun tunjuk skil baiki alat elektronik, bapa sokong minat anak siap bagi ujian ‘repair’ laptop

MEMBAIKI barangan elektrik bukanlah satu perkara yang mudah kerana memerlukan kemahiran tinggi.

Tapi siapa sangka kanak-kanak berusia 11 tahun bernama Zulfawas ini mampu melakukan kerja-kerja rumit itu.

Kata bapanya iaitu, Zulfadhli, 39, dia tidak menyangka anak keduanya itu mempunyai minat yang mendalam mengenai pembaikan barangan elektrik dan elektronik.

“Saya memang ada perniagaan membaiki barangan elektrik jadi selalunya bila selesai waktu sekolah saya bawa sekali anak-anak ke kedai.

“Semasa saya membaiki barangan elektrik itu, anak-anak akan melihat cara kerja saya tapi Zulfawas ni macam tunjuk minat lebih sikit, jadi saya pun ajar dia.

“Setakat ini banyak juga barang yang saya sudah suruh dia baiki tapi dengan pemantuan. Terbaharu minta dia baiki kipas yang rosak,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi