suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mental Upiak Isil tak kuat, hati cepat tersentuh baca kritikan netizen - “Rezeki saya bukan mereka yang atur”

PESERTA Gegar Vaganza musim ke-8 Upiak Isil mengakui dirinya tidak kuat untuk membaca komen kecaman dan kritikan netizen di media sosial.

Luah Upiak atau nama sebenar Silvia Nanda, dia adalah seorang individu yang suka berfikir dan setiap daripada tomahan membuatkan keyakinan pada dirinya berkurangan.

“Saya jenis orang yang suka berfikir dan dengan komen-komen itu, ia akan membuatkan saya kurang percaya pada diri.

“Kenapa orang komen tu menjadi tuhan dalam hidup saya, rezeki dan kesempatan itu bukan mereka yang atur,” ujarnya kepada mStar.

Tambahnya lagi, sepanjang menyertai Gegar Vaganza 2021, dia akan cuba untuk tidak mempedulikan komen - komen kecaman daripada netizen.

“Sekarang ini saya tengah belajar tak peduli kepada komen sebab sebaik mana kita, sebagus apa kita... tetap kita ada salah di mata manusia yang tak suka kita.

“Saya sudah dua bulan tidak bercakap dengan keluarga sebab saya nak tenang, saya suka asingkan diri... kalau banyak fikir saya akan buat lagu dan asingkan diri,” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi