Dayang Nurfaizah termakan pujuk rayu Faizal Tahir - “Pandai betul dia bercakap, boleh jadi ejen insurans!”

LAGU baharu penyanyi Dayang Nurfaizah berjudul Gerak Dulu sememangnya berbeza daripada genre yang biasa dinyanyikannya sebelum ini.

Kata Dayang, pada mulanya dia berasa takut untuk menerima tawaran penyanyi dan komposer Faizal Tahir untuk menyanyikan lagu berkenaan namun akhirnya bersetuju mencabar kemampuan diri.

“Memang seronok bekerjasama dengan Faizal Tahir, dia 'gila', fun dan mampu buat saya berasa selesa semasa proses rakaman. Malah dia sangat brilliant kerana ada sahaja idea untuk menambahbaik sesuatu lagu.

“Sebenarnya saya sendiri pada awalnya berasa tak pasti sama ada mampu atau tidak untuk membawakan satu rentak yang sangat berbeza melalui lagu Gerak Dulu.

“Namun Faizal berjaya meyakinkan saya sehingga tak mampu berkata apa. Pandai betul dia bercakap, boleh jadi ejen insurans,” seloroh Dayang.

dayang nurfaizah, faizal tahir
Semua
Hiburan
Berita
Variasi