suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Tak sangka orang nak tengok kehidupan saya” - Afieq Shazwan teruja #bizibody tercalon TOP 5 AME2020

PENYANYI Afieq Shazwan tidak menyangka formula mempertaruhkan lagu berentak reggaeton berjaya menambat hati pendengar.

Afieq, 23, menyifatkan ini adalah cubaan 'berani mati' kerana tidak pernah terfikir untuk menyanyikan lagu berentak tersebut.

“Ini cubaan berani mati sebab Afieq cuba benda yang baru... Pada mulanya Afieq tak terfikir untuk ke arah muzik ini.

“Ini adalah kejayaan bersama sebab ramai yang terlibat dalam pembikinan lagu ini,” ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu, rancangan Bizibody episod bersama Afieq Shazwan tercalon Top 5 Anugerah MeleTOP Era 2020 bagi kategori Program MeleTOP.

Bizibody dihoskan oleh Qarami Hashim berjaya menyingkirkan 15 program lain yang dipertandingkan menerusi pencalonan awal Top 20  pada bulan lalu.

“Afieq dan family tak jangka episod ini dapat tontonan lebih dari 1.8 juta, terima kasih kepada anda yang menonton."

Untuk mengundi, boleh layari www.anugerahmeletopera.com.my

Afieq Shazwan, Bizibody


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi