“Cikgu selalu reject sebab saya memang tak boleh menyanyi!” - Syazwan Syahmi imbau cerita zaman sekolah

PENDATANG baharu, Syazwan Syahmi berkata dia sering menerima kritikan daripada guru muzik di sekolah mengenai kualiti vokalnya ketika mahu berjinak-jinak dalam bidang seni suatu ketika dulu.

Namun kata Syazwan atau nama sebenarnya Muhammad Syazwan Syahmi Muhammad Rosdi, 21, berkata bekas gurunya itu kini mampu berbangga dengan pencapaian anak didiknya ini.

Lebih membanggakan lagu Anggun Jelita nyanyian Syazwan dijadikan sebagai salah satu runut bunyi untuk drama Jujurlah Nikahi Aku yang sedang hangat ditayangkan.

“Sekolah saya dulu ada band dan juga studio rakaman yang dihasilkan seorang guru. Sebenarnya dia dah hampir fed up dengan permintaan saya bersungguh-sungguh nak jadi vokalis band itu. Tapi cikgu tu reject sebab saya memang tak boleh menyanyi.

“Tapi akhirnya dia terima dan latih saya. Sekarang cikpun tumpang bangga dan kata dia suara saya dah matang," kata Syazwan kepada mStar.

syazwan syahmi
Semua
Hiburan
Berita
Variasi