Keluarga Ashraf Sinclair reda, bapa bangga anak banyak buat kebaikan - “Orang tak dikenali menangis di bahu saya”

BAPA kepada Allahyarham Ashraf Sinclair bersyukur apabila diberitahu bahawa anak sulungnya itu banyak memberi manfaat kepada kehidupan individu lain semasa hayatnya.

Menurut Mohamed Anthony John Sinclair, dia didatangi ramai individu tidak dikenali yang menceritakan mengenai kebaikan yang dilakukan Ashraf untuk mereka.

“Kami reda dengan pemergian Allahyarham Ashraf, kami berasa sedih namun inilah ketentuan Illahi.

“Namun saya bersyukur Ashraf menjadi lelaki yang sangat dikagumi orang di sekelilingnya. Ada beberapa individu yang saya sendiri tak kenali datang dan terus memeluk lalu menangis di bahu saya.

“Mereka menceritakan bagaimana Ashraf membantu mengubah kehidupan mereka menjadi lebih baik. Saya amat bersyukur mengetahui perkara itu," kata Anthony.

Semua
Hiburan
Berita
Variasi