suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ada pihak cemburu kembali mengarah filem, Ahmad Idham minta ‘cuci hati’

DIANGGAP sudah tidak relevan untuk mengarahkan filem, pengarah Dr Ahmad Idham memilih untuk tidak ambil pusing terhadap kata-kata negatif itu.

Menurut Idham atau nama sebenarnya Ahmad Idham Ahmad Nadzri, 51, dia percaya rezeki setiap manusia sudah ditentukan oleh Allah SWT.

“Bagi yang kata zaman saya sudah habis, mungkin mereka ini bukan Islam. Sebab kalau dia Islam, kena percaya yang rezeki letaknya di tangan Allah, bukan pada mereka. Apa yang kita perlu buat, hanyalah doa dan berusaha.

“Saya simpati dengan mereka yang cakap seperti itu. Cucilah hati itu,” katanya kepada mStar.

Idham turut mendakwa terdapat individu dalam industri yang cemburu dengan ‘comeback’ yang sedang dilakukannya.

“Saya tahu yang sekarang ini ramai cemburu melihat saya comeback sebagai pengarah. Malah ada juga orang dalam industri suka lihat saya gagal lagi,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi