suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kes dadah bukan babit pelawak sahaja, Afdlin Shauki tak setuju komen pukul rata terhadap anak seni

PENGARAH dan pelakon Datuk Afdlin Shauki meminta supaya orang ramai menghentikan spekulasi dan pandangan bahawa semua pelawak terlibat dengan pengambilan bahan terlarang.

Kata Afdlin atau Afdlin Shauki Aksan, 53, dua kes melibatkan pelawak ditahan akibat penyalahgunaan dadah itu tidak melambangkan keseluruhan anak seni.

“Dahulunya dadah ini sering dikaitkan dengan penyanyi. Sebenarnya, dadah ini adalah masalah kepada semua lapisan masyarakat, bukan sahaja kepada penyanyi dan pelawak.

“Tidak patutlah pukul rata dengan cakap semua pelawak ambil dadah. Ramai sahaja mereka (pelawak) yang kerja keras untuk keluarga mereka tanpa mengambil barang,” katanya kepada mStar.

Malah Afdlin turut meminta supaya orang ramai tidak menulis komen negatif tanpa mengetahui kisah sebenar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi