suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hasif Upin hanya mahu keadilan, bukan tagih simpati jaja isu dengan syarikat pengurusan

BUKAN menagih simpati sebaliknya penyanyi Hasif Upin bertindak membuat pendedahan mengenai syarikat pengurusannya sebelum ini kerana ingin mendapatkan keadilan.

Kata Hasif atau Muhammad Hasif Sharuddin, 32, dia kesal semua usaha dan penat lelahnya selama ini tiada hasil apabila syarikat pengurusannya seolah-olah lepas tangan terhadap kariernya.

"Saya bukan mahu menagih simpati tetapi ingin keadilan sebab sudah bersusah payah belajar vokal dan belajar macam mana mahu jadi penyanyi tetapi label tidak berusaha untuk naikkan saya.

"Sekarang pun masih diawang-awangan. Saya masih artis label itu tetapi seperti tidak ada.

"Sebenarnya saya sudah rakam empat lagu, tetapi sehingga sekarang tidak dikeluarkan lagi," katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Hasif juga tidak mengambil peduli apabila terdapat suara-suara sumbang yang mengatakan dia seorang penyanyi yang 'tidak menjadi'.

"Dalam dunia seni bukan semua suka. Apa yang boleh saya katakan, tak menjadi ini mungkin sebab salah sendiri. Insya-Allah mana tahu satu hari nanti menjadi," ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi