suria

Cat Farish tarik ‘brek’ sertai event orang, anjur festival sendiri

SELEPAS hebat dikecam ketika menyertai sebuah festival sebelum ini, penyanyi Cat Farish memilih menganjurkan sebuah karnival iaitu Da Bomb yang bakal berlangsung di Ipoh, Perak.

Cat atau Farish Ramli, 50, berkata, idea menganjurkan karnival tersebut sudah tercetus sejak tiga tahun lalu namun hasrat tersebut terbantut kerana kurang pengalaman.

"Selepas insiden teruk dikecam sebelum ini, aura nak berniaga jadi macam tak seronok jadi kami berhenti menyertai mana-mana karnival atau festival.

"Insya-Allah kami akan anjurkan karnival sendiri iaitu Da Bomb Festival di Ipoh, Perak.

"Karnival ini bukan sahaja membabitkan semua adik-beradik Maembong dan rakan-rakan artis lain ia akan memfokuskan kepada makanan, fesyen, pertandingan beatbox, tarian hip hop serta majlis selawat," katanya kepada mStar.

Da Bomb Festival bakal berlangsung di Stadium Indera Mulia di Ipoh, Perak pada 29 Januari hingga 2 Februari 2025.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi