suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Duet tanpa sengaja lonjak populariti Hijab Rindu, Black bimbing ‘rider’ jadi penyanyi

PENYANYI Black Hanifah sedang dalam proses menjadikan seorang individu dikenali sebagai Naimyus sebagai penghibur sepertinya.

Black atau Hanifah Muhammad Hanafiah, 38, berkata, dia melihat potensi Naimyus sebagai penyanyi selepas mereka sama-sama berduet menerusi lagu terbaharunya berjudul Hijab Rindu di Pesta Pulau Pinang baru-baru ini.

"Dia bukan sahaja hafal lirik dan tempo lagu tetapi tampil di atas pentas dalam keadaan bersedia. Vokalnya pula memang buat saya terkejut.

"Sudah agak lama saya tak keluar dengan lagu baru, tak sangka tular di TikTok gara-gara persembahan duet kami," katanya kepada mStar.

Melihat potensi Naimyus, Black dalam perancangan menghasilkan single pertama pemuda berkenaan yang dijangka dilancarkan akhir Januari ini.

Malah Black sendiri akan membimbingnya menjadi seorang penyanyi.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi