suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hazama sokong influencer jadi penyanyi, bukti bidang muzik boleh jamin masa depan

PENYANYI Hazama memberitahu dia sentiasa terbuka menerima kehadiran influencer yang berminat menceburi bidang nyanyian.

Hazama atau Hazama Ahmad Azmi, 40, berkata perkara itu secara tidak langsung dapat membantu menaikkan martabat industri muzik yang dulunya pernah dipandang rendah oleh sesetengah pihak.

“Jika seniman itu datang bukan daripada orang muzik contoh bidang lakonan atau pengacaraan tapi ada bakat bidang müzik jadi saya sokong.

“Saya suka lihat industri muzik makin pesat membangun sebab dulu industri muzik pada zaman 80-an dan 90-an orang memandang tiada masa depan.

“Jadi bila banyak bakat-bakat baru ni maka boleh nampak bidang muzik ni semakin stabil dan ada masa depan,” kata Hazama kepada mStar.

Dalam pada itu Hazama memberitahu dia terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan penyanyi baharu untuk masa akan datang.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi