suria

Hisyam Hamid suka dibenci, bagi peluang penonton ‘Andai Tiada Dia’ lepaskan marah

KEHEBATAN lakonan yang ditunjukkan menerusi watak Haikal dalam drama Andai Tiada Dia membuatkan pelakon Hisyam Hamid teruk dikecam netizen.

Hisyam atau Hazmi Hisyam Abdul Hamid, 39, bagaimanapun tidak memandang perkara itu sebagai satu perkara negatif sebaliknya ia adalah satu kejayaan buatnya.

“Penonton sekarang ini sudah pandai menilai mana satu lakonan dan juga realiti. Jadi, mereka tidaklah marah kepada saya.

Saya sendiri sebagai pelakon pun berasa puas hati apabila watak Haikal itu dibenci orang ramai.

“Bagi saya, watak jahat lebih puas sebab saya selalu jadi orang baik. Bila dapat watak ini, saya boleh ekspresikan diri saya,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Hisyam menegaskan yang dia tidak akan melakonkan babak-babak panas dalam setiap naskah yang dibintanginya.

Malah Hisyam juga akan berunding dengan produksi untuk membuang adegan yang memintanya membuka baju kerana merasakan tiada keperluan berbuat demikian.

“Saya ada letak had saya sendiri contohnya kalau pakai seluar pendek, buka baju itu saya tidak akan buat. Saya memang titik beratkan kerana tidak perlu pun ada babak seperti itu untuk cerita tersebut ‘sampai’ kepada penonton.

“Cerita yang bagus tidak perlu untuk keterlaluan (tayang badan), kalau dia bagus, maka ia akan terjual dengan sendiri,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi