suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wan Maimunah dah berborak dengan menteri, syukur kerajaan dengar keluhan artis veteran

SETELAH beberapa tahun menyuarakan mengenai nasib artis veteran tidak terbela, pelakon Wan Maimunah akhirnya boleh menarik nafas lega apabia rintihannya kini didengari oleh pihak berwajib.

Berkongsi perkara itu, Wan Maimunah, 67, berkata, Menteri Komunikasi iaitu Fahmi Fadzil memberitahu bakal mencari jalan bagi membela nasib artis veteran.

“Sebenarnya saya baru saja berjumpa dengan Menteri Komunikasi iaitu YB Fahmi Fadzil dan dia kata perkara ini tidak boleh dibiarkan lagi.

“Dia (Fahmi Fadzil) nak berjumpa dan bercakap dengan pihak terbabit yang lakukan perkara ini,” kata Wan Maimunah kepada mStar.

Dalam pada itu, Wan berkata walapun mendapat sokongan daripada pihak kerjaaan namun dia nekad dengan keputusannya untuk tidak mengeruhkan keadaan dengan mendedahkan indentiti pihak terbabit.

“Jangan susah hati walaupun ada perjumpaan lepas ini dengan pihak kerajaan tapi ibu tidak akan dedahkan produksi mana, mahupun penerbitnya... ibu halalkan semuanya,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi