suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fizz Fairuz seriau dengar rumah tangga rakan artis diuji, orang luar jangan masuk campur

MELIHAT rumah tangga beberapa selebriti sedang diuji, pelakon dan penyampai radio Suria FM iaitu Datuk Fizz Fairuz memberitahu perasaan takut menyelubungi dirinya memandangkan ia berlaku dalam kalangan rakannya.

Dalam hal ini, Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 44, meminta orang ramai tidak masuk campur, sebaliknya mendoakan serta memberikan semangat buat mereka.

“Saya sebagai rakan artis baik dengan mereka semua, kita ni sebaiknya tak perlulah masuk campur. Kalau boleh doakan supaya rumah tangga mereka berkekalan.

“Pergolakkan yang berlaku pada rumah tangga mereka tu susah sebenarnya nak cakap terutamanya sebagai orang luar, sebagai seorang kawan saya hanya minta selesaikan cara baik.

“Takut dan seriau juga sebenarnya sebab lihat sekarang ni macam makin banyak pula kan artis bercerai, kadang-kadang kawan saya yang pasangan romantis tu pun tiba-tiba bercerai, macam tak sangka,” kata Fizz kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, selain aktif berlakon dan menjadi penyampai radio Suria FM, Fizz sedang giat mengusahakan perniagaan pengubahsuaian kenderaan pacuan empat roda 4x4 iaitu Sham Bodywork yang beroperasi di Batu Caves, Selangor.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi