suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Patutlah lama tak nampak, rupanya Luqman Faiz sibuk belajar... Rasa ‘awkward’ hadir majlis hiburan

LAMA mendiamkan diri daripada industri muzik, penyanyi Luqman Faiz menjelaskan dia mempunyai sebab tertentu kurang menerima tawaran persembahan atau projek lagu baharu.

Luqman atau Luqman Abdul Halim Faiz, 24, berkata, dia kini sedang fokus pengajian di universiti dan bakal kembali aktif pada tahun depan.

“Saya ada sahaja sebenarnya, cumanya sekarang ini masih sibuk belajar. Tinggal setahun lagi dan insya-Allah saya kembali fokus dalam industri. Sejujurnya saya rindu untuk buat persembahan di atas pentas.

“Tapi dalam masa sama, disebabkan lama tidak pergi majlis dan jumpa ramai orang, rasa macam serabut sikit. Rasa seperti benda baru sebab sudah lama tinggalkan industri,” katanya kepada mStar.

Jelas Luqman lagi, dia mahu fokus sepenuhnya terhadap pelajaran kerana ahli keluarganya mempunyai latar belakang akademik yang bagus.

“Saya memang nak fokus belajar sebab keluarga saya semua latar belakang akademik. Abang saya dan ahli keluarga lain semua beajar tinggi. Jadi, saya kena ikut ‘flow’ itu. Saya tidak mahu ketinggalan,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi