suria

Screen Legacy dah ada vokalis baharu, Jep tak tiru suara arwah Gmie

BAGI menyambung legasi arwah Gmie, kumpulan Screen kini kembali aktif setelah beberapa tahun menyepi dan tampil bersama vokalis baharu iaitu Jep.

Berkongsi mengenai perkara itu, pemain keyboard Screen iaitu Wan atau Ridzuaan Rasol, berkata keputusan ini dibuat setelah melihat permintaan peminat yang mahu mereka kembali aktif menyanyi.

“Selepas arwah meninggal memang saya fikir nak hentikan tapi radio masih mainkan lagu kami malah kawan-kawan pun cakap carilah pengganti untuk sambung legasi arwah Gmie kan.

“Saya memang tak uar-uarkan perkara ini kerana selepas arwah meninggal saya jatuh sakit dan aktif semula, selepas dua tahun arwah pergi kemudian baru kami ambil Jep sebagai pengganti, itupun setahun tunggu respon daripada dia untuk terima pelawaan ini,” kata Wan kepada mStar.

Dalam pada itu, Wan berkata mereka tidak pernah melupakan keluarga arwah Gmie dan dalam perancangan untuk membantu mereka.

“Kami ada amal show dan panggil beberapa artis jemputan jadi duit tu kami salurkan sedikit, tak nak berikan pengharapan tapi saya ada berjumpa dengan anak dan isteri arwah untuk berbincang perkara ini,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi