suria

Altimet banyak berbuka puasa di surau, pendekkan cuti beraya bersama rakyat

PENYANYI rap Altimet memberitahu meskipun sudah bergelar wakil rakyat namun sambutan perayaan Aidilfitri masih diraikan dalam suasana sederhana.

Altimet atau Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, 46, berkata, untuk raya tahun ini cutinya terpaksa dipendekkan demi melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat.

“Saya rasa tak perlu ubah apa-apa kecuali mungkin kerja itu bertambah sikit, cuti raya itu dikurangkan saja.

“Sama saja raya sebagai selebriti atau wakil rakyat cuma bila hari raya ni kami kena dalam keadaan standby.

“Memang tiap-tiap tahun adat resam keluarga saya orang lelaki pakai jubah putih, yang wanita boleh pelbagai warna baju mengikut citasa mereka,”katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi