suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Michael Ang tak layan artis baharu feeling diva, jawab dakwaan ‘pilih bulu’ bagi job pelakon rapat

PENGARAH Michael Ang penerbit menepis dakwaan kononnya dia bersikap pilih kasih dan hanya memberikan tawaran kepada pelakon yang mempunyai hubungan rapat dengannya sahaja.

Mengulas mengenai perkara itu, Michael, 48, mengakui terkejut apabila timbul dakwaan itu dan memberitahu dia sentiasa bersikap profesional.

Malah, dia terbuka untuk berkerja dengan mana-mana pelakon termasuklah artis baharu atau BBNU.

“Itu semua hanya cakap-cakap orang, saya sebenarnya tak cerewet dan tak tegas sangat.

“Kalau saya bekerja dengan pelakon baharu sebab ikut kehendak pihak stesen TV... tapi kalau tak mengikut piawai yang saya mahu, lepas habis penggambaran saya tak panggil dah.

“Saya tak akan maki atau apa sebab memang terpaksa guna mereka, kalau saya tak suka tu memang akan cakap sepatah-sepatah saja dengan mereka,” kata Michael kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi