suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bank simpan emas dah penuh, Kak KM cerita kejadian rumah dirompak... Trauma sampai sukar tidur

DIDAKWA menyimpan barangan berharga di rumah termasuk emas dan wang tunai bernilai jutaan ringgit kerana enggan mengisytiharkan harta, usahawan sensasi Kak KM tampil menjelaskan mengenai perkara itu.

Kata Kak KM atau Liana Rosli, dia terpaksa meletakkannya barang kemas di rumah disebabkan bank yang menyediakan perkhidmatan penyimpanan emas sudah penuh.

“Bukan pasal berani ke takut. Tapi terus terang saya cakap memang nak letak emas dalam bank, tapi bank penuh. Semua bank penuh.

“Orang kaya dalam Malaysia ini ramai, jadinya slot untuk Kak KM sudah tiada. Semua bank yang saya telefon semuanya sudah penuh. Jadi saya kena simpan sendiri,” katanya kepada mStar.

Tambah Kak KM, sehingga kini dia masih berasa trauma mengenang insiden berlaku sehingga dirinya sukar untuk tidur.

“Sekarang ini saya tukar pintu dan juga tingkap. Letak besi mana yang patut dan saya akan pindah rumah sebab tidak boleh tidur malam,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi