suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lebih selesa jalin kerjasama, Izzue Islam beri bayangan tidak akan kembali bersama kumpulan Forteen

PENYANYI Izzue Islam mengakui lebih selesa dengan jalinan kerjasama di antara Forteen x Izzue Islam berbanding kembali menjadi ahli kumpulan tersebut.

Kata Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 34, walaupun terdapat perbincangan untuk kembali bersama, namun dia merasakan keputusan untuk keluar daripada kumpulan tersebut adalah lebih baik.

“Kita tidak tahu apa yang akan jadi di masa hadapan. Nak kata ya pun saya tak boleh, nak kata tidak pun tak boleh. Saya hanya ikut ‘flow’. Saya rasa Forteen dan saya lebih selesa macam ini (haluan masing-masing).

“Kami ada berbincang (untuk kembali bersama). Tapi bukan yang terlalu serius. Kami cari apa kata putus yang terbaik untuk kedua-dua bahagian. Buat masa ini, Forteen x Izzue Islam adalah yang terbaik,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi