suria

Lama tak muncul di TV, rupanya ini sebab Rita Rudaini kurang berlakon

PELAKON Rita Rudaini memberitahu kerjaya sebagai pelakon bukan lagi keutamaannya buat masa ini dan mahu memberikan lebih fokus kepada bidang perniagaan pula.

Rita atau Rita Rudaini Mokhtar, 48, berkata meskipun ada pihak produksi tawarkan lakonan namun dia terpaksa menolak sekiranya tidak bersesuaian dengan waktu dan perlu berjauhan daripada anak.

“Sebenarnya daripada tahun lepas saya lebih beri perhatian kepada anak sebab kena aturkan jadual mereka memandangkan mereka makin membesar jadi tak boleh berikan seratus peratus fokus kepada kerjaya sebagai pelakon.

“Bukan tak nak berlakon cumanya kena memilih malah kadang-kadang tawaran tu ada tapi waktu kurang tepat bukan cuti sekolah, kadang-kadang terpaksa ke luar kawasan jadi waktu bersama anak tu lebih penting.

“Rindu tu memang pasti tapi kalau nak saya masuk set penggambaran pastikan saya dapatkan satu naskah yang betul-betul tak penatkan saya, saya nak puas hati dengan hasil tersebut,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi