suria

Aliff dan Ruhanies banyak bincang hal kerja di lokasi drama... Idzham Ismail anggap kantoi itu teguran Allah

PELAKON Idzham Ismail mengakui terkejut apabila mengetahui berita dan kontroversi pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies ditangkap khalwat pada 9 Mac lalu.

Idzham yang turut terlibat sama dalam pembikinan drama Terjerat ini menafikan dakwaan yang dilemparkan setengah pihak mengatakan kontroversi ini adalah gimik bagi tujuan mempromosikan drama berkenaan.

“Saya kalau boleh tak mahu komen mengenai perkara ini sebab nanti jadi lain pula kan tapi apa yang saya tahu sepanjang dekat set mereka (Aliff dan Ruhainies) tiada apa-apa, pegang tangan depan saya ke apa memang tak ada.

“Bila tahu perkara tu memang terkejut juga tapi cuba untuk tidak ambil tahu... saya rasa krew dekat set pun semua tak sangka bila perkara ini jadi malah bila jadi macam ini kami masih teruskan macam biasa saja.

“Kalau ini gimik memang terkejut la sebab hebat betul ya sebab siap dengan JAWI semua, tapi saya tak rasa perkara ini gimik pun cuma mari kita sama doa agar mereka dapat selesaikan masalah ini dan kalau boleh jangan nak tambah-tambah dalam cerita,” kata Idzham.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi