suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syazwan Zulkifly tenang belum jumpa jodoh, masih jaga hubungan baik dengan bekas tunang

KEGAGALAN hubungan cinta lalu sama sekali tidak membuatkan pelakon Syazwan Zulkifly serik untuk bercinta lagi.

Syazwan atau lebih mesra dengan panggilan Kepeng bagaimanapun berkata buat masa ini dia belum terfikir untuk menamatkan zaman bujang.

Malah, dia juga masih belum mencari pengganti dan masih menjalinkan hubungan dengan bekas tunangnya iaitu Sya Zulkifli.

“Saya pernah bertunang dan terfikir untuk menamatkan zaman bujang tapi sekarang ini saya hanya bergantung kepada rezeki dan takdir tuhan.

“Walaupun gagal dalam hubungan lalu, namun kami masih berkawan rapat... hubungan masih okay dan tiada masalah pun.

“Lagipun mungkin jodoh belum sampai masa kot,” kata Syazwan kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi