suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Bab artis laju je”… Caprice kecewa pendakwah selebriti berdiam isu hina agama

PENYANYI rap Caprice meluahkan rasa kecewa apabila ada segelintir agamawan terutamanya pendakwah selebriti dilihat mendiamkan diri mengenai isu penghinaan terhadap agama Islam.

Kata Caprice atau Ariz Ramli, 35, pendakwah selebriti lain dilihat lebih berminat mengulas mengenai dunia hiburan berbanding isu semasa berkaitan agama.

“Sebelum benda ni berlaku saya perasan ramai tak nak bersuara di media sosial.

“Kalau kita nak menentang konsert-konsert macam Blackpink ramai ustaz-ustaz bersuara.

“Peliklah bila bab-bab artis dan rumah tangga (artis) laju tapi bila al-Quran kita dibakar suara ustaz-ustaz kurang,” katanya kepada mStar.

Caprice hadir memberikan sokongan demonstrasi membantah tindakan membakar al-Quran oleh pemimpin parti politik sayap kanan Sweden, Rasmus Paludan yang diadakan di Masjid KLCC, Kuala Lumpur pada Jumaat.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi