suria

[V] “Doakan sahaja” - Belum rezeki dikurniakan anak, Heliza Helmi akan kongsi jika ada berita gembira 

SERING diajukan soalan berhubung anak, penyanyi dan aktiviti kemanusian Datin Seri Heliza Helmi menganggap soalan berhubung perkara itu sebagai doa ke arah membina sebuah keluarga.

Kata Heliza atau Nur Heliza Helmi, 37, sebagai selebriti dia juga sudah terbiasa apabila orang ramai sering memberi perhatian akan perkembangan dirinya.

“Sebelum kahwin, ramai yang tanya bila nak berumah tangga. Sudah kahwin pastilah soalan fasal anak pula. Saya dah biasa dengan soalan-soalan begitu.

“Doakan sahaja. Saya anggap setiap kata-kata mereka sebagai doa,” katanya kepada mStar.

heliza 3

Siri animasi 13 episod Musa Kalimullah akan menemui penonton di Nurflix.

Heliza ditemui ketika majlis pelancaran The Journey of Humankind dan siri animasi Musa Kalamullah anjuran aplikadi Nurflix di Hulu Kelang pada Khamis.

Belum ada khabar gembira untuk dikongsi, Heliza memberitahu akan memaklumkan kepada umum apabila sudah berbadan dua nanti.

“Setakat ini belum ada lagi. Sudah tiba masanya nanti saya akan kongsikan,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Panggil Kak Ja saja” - Heliza Helmi masih tak biasa bawa gelaran Datin Seri, murah rezeki selepas berkahwin

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Heliza masih tak percaya sudah bergelar isteri, sebak majlis kahwin dihadiri golongan agamawan

Sementara itu, bercakap fasa setahun bergelar isteri kepada usahawan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman, kata Heliza dia seronok apabila dapat meluaskan lagi hubungan silaturrahmim dengan pelbagai pihak.

Dia juga faham apa sahaja yang dilakukan bersama suami akan sering diperhatikan dan itu juga dapat memberi kebaikan buat diri sendiri.

“Saya dan suami datang daripada bidang yang berbeza. Selepas berkahwin saya dapat mengenali rakan-rakannya dan luaskan networking. Siapa sangka pernah sekali ada seorang hamba Allah yang membantu saya untuk hulurkan bantuan ke sebuah sekolah. Menjadi orang tengah pun saya rasa amat bersyukur.

“Kalau orang beri perhatian dan memberi manfaat kepada kami saya tidak ada masalah. Itu juga menjadi satu doa. Seronok sebenarnya apabila keluar ada yang tegur dan doakan kami,” ujarnya.

heliza 1

Heliza akan kongsi sekiranya ada berita gembira.

Untuk rekod Heliza dan Mahadi disatukan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, pada 1 Januari 2022.

Bercakap tentang siri animasi Musa Kalimullah, Heliza meminjamkan suaranya bagi watak Mariam iaitu kakak kepada Nabi Musa AS.

Siri 13 episod itu akan mula ditayangkan di aplikasi Nurflix bermula 27 Januari.

Selain Heliza antara selebriti lain yang terlibat adalah Da’i Syed, Irma Hasmie, Usztazh Asni Mansor dan Hana Ismail.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain