suria

“Jangan hanya pandang seksi sahaja”... Kerap terima tawaran watak penggoda, Nadia Brian teringin cuba pelbagai karakter

Nadia Brian idamkan watak epik yang mencabar dirinya.

TERLALU sinonim dengan watak penggoda, pelakon Nadia Brian memberitahu dia kini lebih berhati-hati dalam memilih naskah untuk sesebuah drama atau filem.

Nadia atau Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 31, berkata mungkin gaya penampilannya membuatkan dia kerap menerima tawaran watak berkenaan.

Justeru itu, Nadia berharap agar diberikan peluang mengembangkan lagi bakatnya dengan mencuba pelbagai watak dan karakter berbeza selepas ini.

"Saya mula memilih karya... kalau boleh nakkan cerita yang lebih seronok dan memberi manfaat kepada masyarakat dan saya. Dalam industri ini saya ada impian nak beri manfaat kepada masyarakat.

Nadia Brian mahu elak watak penggoada.

"Saya harap pengarah di luar sana memandang saya dari sudut berlainan, tidak hanya pandang seksi sahaja kerana saya ini budak teater. Mereka pun tak pernah lihat lakonan saya yang tidak mengenakan solekan atau melakukan aksi sendiri," katanya.

Nadia berkongsi mengenai perkara tersebut ketika ditemui pada malam gala tayangan filem terbaharu lakonannya berjudul Eva yang diadakan baru-baru ini.

Kata Nadia, pemilihan watak tersebut dibuat kerana bimbang peminatnya akan bosan sekiranya dia hanya memainkan naskah yang hampir sama dalam setiap drama.

ARTIKEL BERKAITAN: “Pakai baju kurung pun orang kata seksi” - Nadia Brian anggap komen nakal sebagai doa untuk berubah

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pernah gagal dalam perkahwinan, Nadia Brian bimbang kesihatan mental Puteri Sarah dan Syamsul Yusof

"Nak menolak sangat pun tak boleh sebenarnya tapi bergantung kepada watak, kalau terlalu sama orang pun bosan. Kalau terlalu sama itu saya akan tolak macam watak-watak pengoda, miang-miang atau cerita hantu.

"Saya tak nak hanya asal terima kerja sahaja tetapi benda itu tiada nilai. Saya kalau boleh nak bawa watak epik berdasarkan cerita sebenar kerana nak tiru gaya seseorang itu akan menjadi sangat mencabar," katanya lagi.

Pun begitu, Nadia memberitahu dia tidak pernah menyesal memegang watak penggoda sehingga menjadi begitu sinonim dengan dirinya.

Kalau terlalu sama itu saya akan tolak macam watak-watak pengoda, miang-miang atau cerita hantu.

NADIA BRIAN

PELAKON

"Saya tak menyesal memegang watak penggoda atau apa-apa watak sepanjang karier saya. Bagi saya mungkin orang suka sebab itu ada pemintaan tinggi untuk watak tersebut," ujarnya.

Berkongsi mengenai filem Eva pula, Nadia yang memegang watak Elly mengakui teruja apabila dapat berlakon bersama Nadia Aqilah yang membawa watak Eva.

Menerusi filem ini juga dia dapat melakonkan sendiri babak aksi pergaduhan bersama Nadia Aqilah sekali gus menjadi salah satu cabarannya yang terpaksa dihadapi semasa proses penggambaran.

326389998_205648635287510_3765272037171643653_n

Nadia Brian pegang watak Elly dalam filem Eva.

"Dalam filem Eva ini, penonton akan nampak saya dari sisi lain kerana cerita ini akan membuka mata dan memberi ilmu kepada masyarakat terutama dari kesihatan mental mereka.

"Disebabkan kekangan masa penggambaran juga membuatkan saya terpaksa melakonkan aksi pergaduhan itu sendiri walaupun ada pelakon aksi," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain