suria

Bekas pembantu peribadi Mak Wan Latah belum tarik kes, peguam tak terima sebarang maklumat 

Amell masih belum menarik kes saman terhadap Mak Wan.

HASRAT bekas pembantu peribadi kepada Mak Wan Latah iaitu Nurul Amalina Mohamad yang mahu menarik balik kes saman terhadap aktres berkenaan masih belum dibuat.

Peguam yang mewakili Mak Wan iaitu Aina Abdul Ghani mengesahkan perkara itu dengan memberitahu pihaknya masih belum mendapat sebarang maklumat daripada Amalina atau Amell berhubung perkara berkenaan.

"Setakat ini saya tidak mendapat apa-apa maklumat daripada pendakwa (Amell).

"Masih belum ada sebarang perbincangan mengenai hal berkenaan," katanya ketika dihubungi mStar.

maxresdefault

Mak Wan masih belum menerima maklumat kes ditarik semula.

Sebelum ini, Amell menerusi kenyataan kepada mStar terbuka hati untuk menarik semula kes saman terhadap Mak Wan selepas mendengar khabar kesusahan hidup yang dilaluinya ketika ini.

Kata Amell, dia terkejut apabila mengetahui Mak Wan tidak mempunyai wang cukup bagi mendapatkan bekalan ubat penyakit darah tinggi dan diabetes dihidapinya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Air mata Mak Wan Latah gugur lagi, nak beli ubat pun tiada duit... "Sampai orang mesej nak tarik barang"

ARTIKEL BERKAITAN: Kasihan nasib Mak Wan tak mampu beli ubat, bekas pembantu peribadi tarik semula kes kena ludah

“Saya sebak dan terkejut apabila tahu dia tiada duit sehingga nak beli ubat pun tak mampu. Sedangkan semasa saya menjaganya, bekalan ubat tak pernah putus.

“Sebagai orang yang pernah duduk bersamanya sebelum ini, pasti akan timbul rasa kasihan setelah dapat tahu keadaannya begitu,” ujarnya.

amell1 - 1

Mak Wan menerima tuduhan berkelakuan aib meludah Amell.

Untuk rekod, pada Julai 2022 Mak Wan atau Halimatussa'diah Mohd Daud, 62, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Taiping atas tuduhan berkelakuan aib dengan meludah bekas pembantunya itu namun pelakon itu mengaku tidak bersalah.

Kes antara Mak Wan dan Amell mula menjadi sebutan apabila hubungan mereka renggang dipercayai berpunca daripada tuduhan bekas pembantu peribadinya itu mengambil wang hasil bekerja sebagai pelakon.

Amell sebelum itu juga pernah mendedahkan perbuatan Mak Wan yang didakwa terlibat dengan amalan syirik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain