suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penjual kereta tak sangka video ‘sound’ Mas Idayu kembali viral, nasihat ambil wuduk sebelum jadi juri… “Kalau jumpa saya senyum je”

SUSULAN kontroversi komen pedas Mas Idayu kepada Sissy Imann dalam program Famili Duo baru-baru ini, netizen berkongsi semula klip rakaman seorang lelaki bergaduh mulut dengan penyanyi dangdut itu semasa sesi uji bakat Mentor Legend 2014.

Lelaki bernama Muhammad Erdy Sofian, 31, itu berkata dia tidak sangka klip rakaman tersebut kembali menjadi viral dan tular di media sosial.

Mengulas mengenai kontroversi terbaharu Mas Idayu, Sofian berpendapat seseorang juri tidak perlu memarahi peserta dan mencadangkan kepada juri untuk mengambil wuduk terlebih dahulu supaya tidak dihasut syaitan.

“Saya tak tuju mana-mana pihak... sesiapa sahaja bila jadi juri sekurangnya kalau nak menegur tu biar bertempat.

“Tak perlu jerit-jerit tak perlu marah-marah dan saya nasihatkan kalau boleh sebelum jadi juri tu ambil wuduk dululah.

“Supaya tak ikut hasutan-hasutan syaitan,” katanya kepada mStar.

Gara-gara insiden sembilan tahun lalu, Sofian memberitahu dia trauma untuk menyertai mana-mana uji bakat nyanyian dan kini lebih selesa bekerja sebagai penjual kereta.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi