suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rezeki ‘darah manis’ Taufiq Hanafi, bakal muncul dalam 2 filem tahun depan

PELAKON Taufiq Hanafi mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya dikenali sebagai Farah Azrina, 28, pada pertengahan tahun hadapan.

Taufiq atau Mohamad Taufiq Hanafi, 31, berkata, dia dan Farah dijangka bakal disatukan sebagai suami isteri selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri namun memilih merahsiakan tarikh sebenar perkahwinan mereka.

"Segala persiapan hampir 80 peratus sudah siap tapi saya tidak boleh maklumkan tarikh sebenar cuma apa boleh saya kongsi, kami akan disatukan selepas Aidilfitri.

"Insya Allah tahun depan merupakan kali terakhir saya menyambut hari raya sebagai orang bujang," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Taufiq berkata, dia berharap status sebagai suami tidak menghalang peminat untuk terus memberi sokongan kepadanya sebagai pelakon selepas ini.

“Saya harap selepas berkahwin ni semua peminat dapat menerima saya seadanya kerana walaupun sudah bergelar suami orang tetapi saya masih lagi orang yang sama," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Taufiq yang bakal muncul dengan filem Malbat Misi Bakara pada Ogos tahun depan.

Selain itu, Taufiq juga teruja apabila diberi kepercayaan memegang watak utama dalam filem The Fireflyz yang dijanga menemui penonton pada September 2023.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi