suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Farid Kamil akur gelaran Datuk ditarik! Boy Iman pula hairan... “Ia buktikan saya bukan ‘datuk di pagar’ atau beli”

PENGUMUMAN penarikan balik Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) membawa gelaran Datuk daripada Boy Iman ternyata mengejutkan pelakon dan usahawan itu.

Menurut Boy Iman atau nama sebenarnya Norul Iman Abdul Rahman, 40, sehingga kini dia masih belum menerima surat rasmi daripada Istana Pahang berhubung perkara berkenaan.

"Tuan punya badan pun belum tahu secara rasmi. Saya hanya mengetahui mengenainya daripada media.

"Sebagai penerima... rasanya saya layak tahu apakah sebabnya pingat itu ditarik balik.

"Walau apa pun saya terima dengan hati terbuka dan ia sekali gus membuktikan saya bukan terima 'Datuk di pagar' atau beli," katanya kepada mStar.

Sementara itu seorang lagi selebriti yang menerima nasib sama iaitu Farid Kamil berkata dia menerima keputusan berkenaan tanpa sebarang persoalan.

"Sejak 16 Disember 2017 saya amat berbangga dan berbesar hati membawa gelaran Datuk yang dikurniakan oleh Istana Pahang.

"Saya menjunjung kasih di atas penganugerahan tertinggi dalam hidup saya ini dan menerimanya dengan penuh kerendahan diri pada ketika itu.

"Hari ini juga saya dengan penuh rasa hormat menerima keputusan daripada pihak Istana Pahang menarik balik gelaran DIMP daripada saya," katanya menerusi Instagram.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi