suria

Syamel pasrah majlis kahwin kena tangguh, tunggu kes Covid-19 menurun - “Doakan saya dan Erni, kami kena rancang semula”

PENYANYI Syamel terpaksa akur dengan arahan dan SOP yang ditetapkan kerajaan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berhubung yang tidak membenarkan majlis keraian diadakan.

Kata Syamel, dia terpaksa merancang semula segala perancangan yang dibuat sebelum ini dan hanya menunggu perkembangan lanjut daripada pihak berkuasa.

“Keadaan sekarang ini tidak mengizinkan kami meneruskan perancangan perkahwinan yang dah dibuat.

“Kita kena tunggu kes covid ini semakin pulih baru langsungkan.

“Semua telah dirancang dengan rapi tetapi nampaknya kita kena merancang semula agar bersesuaian dengan keadaan sekarang, ” katanya kepada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi