suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Kalau bercinta pun saya tak akan cerita kat orang!” - Khai Bahar tak suka tayang buah hati di media sosial

PENYANYI Khai Bahar berharap agar dia tidak terpalit dengan kisah cinta dengan mana-mana penyanyi wanita yang berduet dengannya demi perkembangan karier dalam bidang seni.

Ujar Khai, dia berhasrat untuk bekerja dengan lebih ramai artis wanita dan masih tidak terfikir untuk melangkah ke alam percintaan.

“Hampir semua penyanyi dan pelakon apabila digandingkan mesti ada yang suka dengan gandingan itu sehingga peminat mahu pasangan itu melangkah ke arah yang serius.

“Tapi bagi saya sendiri, saya tidak mahu perkara itu berlaku sebab saya ingin melangkah lebih jauh dan bekerja dengan lebih ramai lagi.

“Buat masa sekarang saya tidak terfikir lagi nak ada buah hati, sekarang saya masih berusaha untuk membantu keluarga dan bahagiakan mereka, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi