suria

“Bini untuk saya lagi penting!” - Hafiz Hamidun jawab usikan disuruh kahwin untuk beri kasih sayang ibu kepada anak angkat

PENYANYI dan komposer Hafiz Hamidun bersyukur kerana keluarganya banyak membantu dalam membesarkan anak angkatnya bernama Hamdee Hafiz.

Ujar Hafiz, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini, Hamdee berada di kampung dijaga oleh ibu dan bapanya.

“Sepanjang PKP ini memang Hamdee balik kampung, yang mengasuh anak saya dan menumpang kasih memang banyak kepada emak saya dan bapa saya.

“Kalau saya seorang yang menjaga Hamdee, memang saya tidak boleh bagi 100 peratus komitmen. Tapi saya tengok emak saya bagi kasih sayang yang tak berbelah bahagi, ” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Kini bergelar jutawan, Hafiz Hamidun pernah lalui fasa kesusahan - “Kereta kena tarik, makan mi segera sebab tiada duit”

Selain itu Hafiz yang bau saja melancarkan album Marhaba berkata, ramai yang meminta untuk dia berkahwin bagi memberikan kasih sayang seorang ibu kepada anak angkatnya.

“Ramai orang tanya carilah emak untuk Hamdee, sebenarnya emak untuk Hamdee itu tidak penting tapi bini untuk saya lagi penting, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Hafiz Hamidun, Anak Angkat, Kahwin,
Semua
Hiburan
Berita
Variasi