suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tarian Jemimah Challenge popularkan Ambyar People... prop kain sarung memang win - “Tak sangka masuk IG Siti Nurhaliza”

VIDEO tarian mereka bagi menyahut Jemimah Challenge mendapat lebih sembilan juta tontonan di TikTok.

Kini kumpulan tarian Ambyar People semakin popular selepas menarikan lagu Kuasa Cintamu nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Ujar kumpulan tarian yang berasal dari Yogyakarta, Indonesia ini, mereka mengambil masa hampir 3 jam bagi menjayakan sesi latihan, rakaman serta suntingan lagu Kuasa Cintamu.

“Sejujurnya kami berbangga dan terkejut apabila video tersebut dimuat naik semula oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza, kami sangat berbangga sebab ramai yang buat video seperti itu namun kami yang terpilih, ” kata Ambyar People kepada mStar.

Menurutnya lagi, mereka sangat meminati penyanyi nombor satu Malaysia itu dan menyimpan hasrat untuk bekerjasama dalam mana-mana persembahan.

“Jika suatu hari nanti Datuk Siti ingin menjemput kami, kami pasti akan terbang ke Malaysia. Terima kasih buat Datuk Siti kerana menghargai kreativiti kami yang tidak seberapa ini, terima kasih banyak, ” ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi