suria

Syasya (Dolla) menangis ketika penggambaran MV Impikan - “Penat sangat, kemudian anggota lain datang peluk saya!”

AHLI kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal memberitahu kakinya terseliuh ketika proses penggambaran video muzik Dolla Make You Wanna.

Malah ujar Syasya dia juga menangis ketika penggambaran lagu Impikan kerana berdepan tekanan berikutan terlalu penat.

“Waktu penggambaran MV Dolla Make You Wanna kaki saya terseliuh, penggambaran perlu dihentikan kerana saya tak boleh menari.

“Manakala ketika penggambaran lagu Impikan saya menangis sebab penat sangat dan kali ini saya seorang je menangis.

“Saya menangis kat tepi dan semua ahli lain datang peluk saya, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, ” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Dolla tiru Blackpink jadi perhatian media Korea Selatan - “Ramai yang komen positif terutamanya orang dari luar negara”

Dalam pada itu Syasya berkata Dolla tidak menolak jika ditawarkan untuk berlakon kerana ingin mencuba benda baharu.

“Kalau ada peluang untuk berlakon why not!, saya rasa semua ahli kumpulan Dolla teruja untuk mencuba dan sebenarnya ada tawaran untuk kami sertai satu telemovie tapi sebab PKP jadi ia terhenti sementara, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Dolla, Syasya, Artis Sensasi,
Semua
Hiburan
Berita
Variasi