suria

“Saya tak lupakan keluarga, hanya berkawan dengan Farah” - Aiman Tino minta ibu, bapa tak fikir bukan-bukan

SUSULAN status yang dimuat naik ibu kepada Aiman Tino iaitu Hazelina Mat Jalil yang mendakwa anaknya sudah berubah, penyanyi itu tampil menjelaskan semua yang berlaku disebabkan salah faham.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 23 tahun itu mengaku apa yang berlaku berpunca daripada kesilapan dirinya sendiri.

“Sebenarnya mak call nak bagi job sebab ada orang tanya.

“Tapi saya tak jawab call... tu memang perangai saya. Mesej pun selalu lambat balas.

“Saya terkejut apabila mak buat posting di Instagram, saya terus balik ke Kuala Kubu Bharu dan selesaikan hal ni dengan keluarga," katanya kepada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi