suria

“Waktu maghrib mengaji di masjid depan rumah” - Zizi Kirana tak pernah sekolah pondok, tapi baca al-Quran sejak kecil

VIDEO memaparkan penyanyi Zizi Kirana mengaji al-Quran semasa rakaman program Rahsia Ramadhan tular dan menerima pelbagai komen positif netizen.

Rata-rata memuji dengan mengatakan di sebalik imej Hip Hop, penyanyi ini memiliki kebolehan mengalunkan ayat al-Quran dengan baik.

“Saya hanya hamba Allah, saya tak pernah sekolah pondok pun dan tiada sekolah agama.

“Waktu habis SPM saya mengaji di Sipitang, Sabah. Ustaz saya minta tolong saya ajar budak-budak baca Muqaddam, jadi saya ajar la... tapi belum lagi jadi ustazah, ” ujarnya.

Tambahnya, sejak kecil dia dididik dan diajar mengaji di masjid yang terletak di hadapan rumahnya.

“Rumah saya depan masjid, setiap kali waktu Maghrib saya pergi mengaji di masjid. Walaupun dah besar emak masih ingatkan saya untuk mengaji dan jangan lupa solat, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi