Top 5 Viral: Gara-gara cheeseburger, nama McJihan laku keras… makhluk ‘nyanyi’ atas pokok satu Malaysia kena tipu! - Video | mStar

Top 5 Viral: Gara-gara cheeseburger, nama McJihan laku keras… makhluk ‘nyanyi’ atas pokok satu Malaysia kena tipu!

PELBAGAI kisah viral menjadi perhatian warganet minggu ini.

Kisah mengenai seorang mangsa buli siber kerana body shaming yang konfrontasi dengan pembulinya dalam satu program TV yang disiarkan secara langsung.

Selain itu, tular kisah mengenai rakaman video makhluk dalam hutan menyerupai wanita berambut panjang.

Tidak kurang juga kisah sedih seorang gadis terkenangkan nasi goreng kicap masakan terakhir arwah ibunya.

Tular juga kisah pembeli kek premium yang dimaki seorang pelanggan gara-gara lambat membalas mesej.

Paling hangat diperkatakan tentunya kisah anakanda bongsu Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyahtullah yang dipanggil McJihan gara-gara insiden pesanan cheeseburger.

Semua
Hiburan
Berita
Variasi