Tergamak buang anak tepi jalan, petani jumpa bayi terbiar dalam kotak - Video | mStar

Tergamak buang anak tepi jalan, petani jumpa bayi terbiar dalam kotak

PERASAAN tidak sedap hati selepas ternampak sebuah kotak yang ditinggalkan di bawah pokok di tepi jalan akhirnya membawa kepada penemuan seorang bayi lelaki.

Menurut Husaini Hassan, 40, pada mulanya dia ternampak kotak berkenaan ketika melalui Jalan Jelai, Alor Setar sewaktu menunggang motosikal untuk ke tempat kerja.

"Tapi selepas 20 minit, saya rasa tak sedap hati kerana terfikir mungkin ada sesuatu di dalam kotak itu.

"Saya kembali ke tempat kotak itu dan akhirnya saya temui seorang bayi yang masih bernyawa," katanya ketika ditemui.

Buang bayi
Semua
Hiburan
Berita
Variasi