suria

Rakaman gerak perlahan 'trick' warga Indonesia kebas rantai RM7,350

SEKALI imbas memang agak sukar untuk melihat bagaimana dua wanita ini bertindak mencuri seutas rantai dianggarkan bernilai RM7,350 daripada sebuah kedai emas di Kuala Berang, Terengganu.

Modus operandi mereka memang licik kerana proses perbualan suspek yang kononnya berminat untuk membeli berjaya melekakan peniaga.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata kejadian tersebut berlaku pada 3 petang Sabtu lepas tetapi hanya disedari pemilik kedai emas berkenaan pada Isnin selepas kerja mengira stok barang dijalankan.

Beliau berkata kedua-dua suspek dikesan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan dipercayai warga Indonesia berdasarkan cara berpakaian serta dialek pertuturan.

PDRM, Kedai emas


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi