suria

Top 5 Viral: Suara lelaki berubah selepas pembedahan, mi bandung Sg Lembing antara kisah paling sensasi minggu ini

PELBAGAI isu viral menjadi perhatian netizen sepanjang minggu ini. Ada kisah mistik dan ada juga kisah yang memberi pengajaran kepada masyarakat.

Antara yang paling mencuri perhatian di laman sosial ialah suara seorang lelaki yang bertukar menjadi suara wanita tua selepas menjalani pembedahan akibat kemalangan.

Selain itu, kisah seorang pemandu Vellfire yang belanja makan pemandu lori yang merempuh keretanya turut menjadi tular.

Dalam pada itu, kisah kematian Instafamous yang mana video-video di laman sosialnya disebarkan semula oleh netizen menjadi perbualan hangat sepanjang minggu ini.

Hangat diperkatakan minggu ini termasuklah mi bandung Sg Lembing yang laris dek penangan yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan mencemar duli menikmati hidangan itu.

Tak kurang juga kisah video tribute sekumpulan pelajar untuk memperingati rakan mereka yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Top 5 Viral, Tunku Azizah


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi