suria

"Tak boleh buat apa kalau terasa" - Ben Ladin komen lagu sindir Altimet

PENYANYI dan pelakon muda Ben Ladin menafikan dakwaan segelintir pihak kononnya lagu Hikayat Benladin nyanyiannya ditujukan khas kepada individu tertentu dalam industri muzik tanah air.

Namun kata Ben, dia tidak berupaya menghalang mana-mana pihak daripada membuat telahan seumpama itu kerana bait-bait lirik yang dihasilkan mengandungi unsur nasihat untuk dirinya sendiri dan orang ramai.

“Lagu ini tidak ditujukan kepada sesiapa, tajuknya secara jelas mengisahkan tentang kehidupan saya sendiri.

“Tetapi jika ada individu atau sesiapa yang terasa 'pedas' dengan lagu ini, saya tidak mampu berbuat apa-apa dan ianya diluar kawalan saya,” ujarnya kepada mStar Online.


Hikayat Benladin berjaya mencuri tumpuan peminat

Single Hikayat Benladin dilancarkan pada Julai lalu dan kini mendapat hampir 3 juta tontonan di Youtube.

Karya terbaharu ciptaan Malique dan Dedeq ini menjadi buah mulut peminat industri muzik tanah air apabila ia didakwa ditujukan kepada penyanyi rap Altimet.

Hikayat Benladin dikatakan adalah versi balas kepada lagu ciptaan Altimen sebelum ini berjudul Mambang.

“Saya tidak fikir digunakan sebagai 'alat perang' yang dihantar Malique

“Jika fahami lirik lagu ini secara mendalam, ianya tidaklah seperti yang didakwa peminat bahawa lagu ini ditujukan kepada individu tertentu,” katanya lagi.

ben ladin, malique, dedeq


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi