suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fazura buat gadis 15 tahun ini bersemangat jadi penyanyi!

PENYANYI baharu, Harissa Adlynn menjadikan pelakon Nur Fazura sebagai sumber inspirasi dalam mengejar cita-cita bergelar anak seni.

Menurut Harissa, 15, dia ada mendapatkan nasihat daripada pelakon cantik tersebut dan menjadikan ia sebagai panduan dalam karier nyanyian.

"Kak Fazura pernah beritahu saya, kalau betul-betul minat jadi penyanyi, teruskan dan jangan peduli kata orang.

"Kalau kritikan itu membina, boleh diambil sebagai panduan dan kalau ia terlalu negatif abaikan sahaja.

Harissa Adlynn

"Walaupun pesanannya itu ringkas, namun ia sangat bermakna dan membuatkan saya terus bersemangat bergelar penyanyi," katanya kepada mStar Online.

Harissa ditemui semasa pelancaran filem pendek Kembali bersama Jamu Susuk Dara yang diadakan di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sementara itu, Harissa berkata, dia turut bertuah kerana single pertamanya berjudul Aku Sayang Kamu turut dimuatkan dalam album runut bunyi drama Wanita Terindah dan menjadi lagu tema pernikahan Fazura dan Fattah Amin

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online ini.

Harissa Adlynn, Nur Fazura


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi