suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Marsha ada pengalaman, jauh beza markah Nadeera... Juri komen pemenang AJL39

PENGALAMAN dimiliki Marsha menjadi salah satu faktor menyebabkan lagu nyanyiannya berjudul Hening Rindu dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke 39 (AJL39).

Menurut Ketua Juri AJL39 iaitu Edry Abdul Halim, lagu dinyanyikan Marsha itu mempunyai pelbagai dinamik dan teknikal sehingga menyebabkan jurang markah berbeza dengan pemenang tempat kedua iaitu Bukan Lagi Kita dendangan Nadeera.

“Penilaian lagu bukan berdasarkan populariti mahupun penyanyi, namun kita melihat kualiti. Hening Rindu memang layak bergelar juara.

“Saya menilai dari sudat teknikalnya dan juga lagu tersebut ada dinamiknya. Markah juga boleh dikatakan agak jauh iaitu 15 peratus beza dengan Nadeera,” katanya kepada mStar.

Mengulas mengenai vokal terbaik yang menjadi milik Ernie Zakri, Edry berkata penyanyi tersebut mempunyai kelebihan markah di bahagian teknikal.

“Dia banyak markah di bahagian teknikal. Walaupun lagu tersebut tidak mencabar vokal, namun dia tahu nak buat macam mana dan kawalan vokal sangat bagus.

“Bagi vokal, memang kita lihat yang empat wanita iaitu Aina, Nadeera dan Marsha berebut untuk kategori itu. Markah juga tidak jauh beza,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi